Sunday, 30 September 2012

Video


Lampiran - Papan Cerita

SITUASI

PENGISIAN
LAKONAN
1
Peraturan asas bengkel dimana murid tidak dibenarkan masuk ke bengkel tanpa kebenaran atau tanpa kehadiran guru.

Seorang murid telah telah ditegah masuk oleh rakannya yang lain sebelum ketibaan guru.
2
Peraturan asas bengkel iaitu berpakaian kemas ketika masuk ke bengkel dan melaksanakan kerja.
Guru telah menegur muridnya kerana telah memakai pakaian yang tidak bersesuaian.

3
Peraturan asas bengkel iaitu dilarang bermain dengan alatan atau mesin.
Murid menyalahgunakan alatan dan bermain dengan alatan tersebut.
Guru melarang mereka bermain di dalam bengkel.

4
Peraturan asas bengkel iaitu mengemas semula bengkel dan menyimpan alatan.
Guru mengarahkan murid mengemas semula bengkel dan menyimpan semula alatan di tempat yang betul.
5
Peraturan penggunaan mesin iaitu mengamalkan ciri-ciri keselamatan dan berhati-hati ketika menggunakan mesin.
Terjadi suatu kemalangan dimana pakaian yang dipakai oleh murid disedut masuk ke dalam mesin.
6
Peraturan asas bengkel iaitu mengemas semula bengkel dan menutup tingkap dan pintu sebelum menginggalkan bengkel.
Guru mengarahkan murid supaya mengemas semula bengkel dan menutup tingkap dan pintu sebelum menginggalkan bengkel.

Sumber Rujukan


Noriati A. Rashid, Boon Pong Ying, Sharifah Fakhriah Syed Ahmad, Wan Kamaruddin Wan Hasan (2012). Teknologi Dalam Pengajaran dan Pembelajaran. Shah Alam : Oxford Fajar Sdn. Bhd.
Zainal Abidin Ismail, Mohd Rahim Mohd Sharif, Rahimah Ibrahim (2005). Buku Teks Kemahiran Hidup Sekolah Kebangsaan Tahun 4. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.


Dilayari pada 14 September 2012.

Dilayari pada 22 September 2012.

Rumusan


Perkembangan pesat bidang teknologi maklumat dan komunikasi (TMK) telah memberi kesan yang mendalam terhadap sistem pendidikan khususnya dari aspek pengajaran dan pembelajaran. Proses pengajaran dan pembelajaran meruapakan perkara penting dalam aspek pendidikan. Maka, reka bentuk pengajaran merupakan satu manifestasi bahawa pembelajaran tidak harus berlaku dalam keadaan yang tidak tentu arah tetapi ianya perlu dibina mengikut proses yang tersusun dan menjurus kepada hasil pembelajaran yang analitikal.
Model ASSURE merupakan satu model reka bentuk pengajaran berasaskan bilik darjah. Model ini dapat membantu guru merancang pengajaran dan pembelajaran dengan baik dan berkesan. Perancangan yang baik perlulah disertakan dengan bahan bantu mengajar yang berkualiti seperti klip video P&P dan model 3 dimensi. Jelasnya, murid lebih berminat dengan bahan-bahan maujud dan secara tidak langsung objektif pengajaran dapat dicapai dengan mudah dan optimum.
Bukan itu sahaja, bagi mengintegrasikan teknologi maklumat dan komunikasi menggunakan media interaktif, kami telah memilih ‘blogspot’ sebagai tapak pembelajaran berasaskan web untuk berkongsi bahan yang kami sediakan dengan masyarakat luar. Secara tidak langsung, kami dapat bertukar dan berkongsi maklumat dengan rakan-rakan guru pelatih di luar sana.
Melalui tugasan ini juga, kami sekumpulan berasa amat bersyukur dan berpuas hati kerana berjaya memperoleh banyak pengetahuan dan pengalaman baharu yang boleh dijadikan sebagai panduan buat masa kini dan apabila menjadi seorang guru kelak.

Bahan 3D

Peti Pertolongan Cemas



Panel Alatan Tangan

Rancangan Pengajaran Harian Kemahiran Hidup Tahun 4


Mata Pelajaran                   :           Kemahiran Hidup
Tahun                                 :           4 Cempaka (10 Tahun)
Tarikh                                 :           1 Oktober 2012 (Isnin)
Masa                                  :           9.00 pagi – 10.00 pagi (60 minit)
Bilangan Murid                    :           30 orang (18 lelaki 12 perempuan)
Bidang                                :           1.         Reka Bentuk dan Teknologi
Unit Pembelajaran               :           1.1       Keselamatan dan Organisasi Bengkel
Tajuk Pembelajaran            :           a.         Peraturan keselamatan
Hasil Pembelajaran             :
Pada akhir pengajaran dan pembelajaran, murid-murid dapat;
·                     Menyenaraikan sekurang-kurangnya tiga peraturan keselamatan am dan peraturan keselamatan diri di bengkel dengan tepat.
·                      Menyatakan cara menyimpan alatan dan bahan dengan selamat di dalam bengkel.
BBM / Bahan Aktiviti           :             Slaid power point, model peti pertolongan cemas,
model panel alatan tangan, lembaran kerja(Lampiran
1 &2), kotak ajaib dan pemain muzik.
PSA    :       i) Murid pernah memasuki bengkel dan menggunakan                                                         alatan dan bahan di dalam bengkel.
ii) Murid pernah mengamalkan beberapa peraturan yang ditetapkan oleh ibubapa di rumah.
Nilai                                   :           Kerajinan, kerjasama, berusaha dan berdaya saing.
Kemahiran Berfikir             :           Menaakul, menjana idea dan berfikir secara logik.

Pendekatan Pengajaran      :           Pembelajaran secara konstruktivisme.


Langkah
Isi kandungan
Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran
Catatan / Nilai / Kaedah

Set Induksi
(7 minit)


i.  Murid didedahkan dengan peraturan am dan peraturan keselematan diri semasa berada di dalam bengkel.

ii.    Guru menerangkan kepentingan mematuhi keselamatan bengkel.




1.    Guru menayangkan video mengenai:
-       Perkara yang boleh dan tidak boleh dilakukan semasa berada di dalam bengkel.
-       Peraturan yang perlu dipatuhi oleh murid semasa berada di dalam bengkel.
-       Kecelakaan yang akan berlaku sekiranya tidak mematuhi peraturan di dalam bengkel.

1.     Guru bersoal jawab dengan murid mengenai kepentingan keselamatan di bengkel.

2.    Guru memperkenalkan tajuk pembelajaran.


ABM/Bahan : Tayangan video.


Nilai :
Kerajinan

Kaedah : Penerangan.

Langkah 1
(18 minit)

Peraturan keselamatan
i)             Peraturan Keselamatan Am
ii)            Peraturan Keselamatan Diri
-       Pakaian yang sesuai di dalam bengkel.
-       Kotak pertolongan cemas.



1.    Guru menarik perhatian murid dengan bertanyakan apakah peraturan yang telah ditetapkan oleh ibubapa mereka di rumah.

2.    Murid memberi pelbagai jawapan berkenaan peraturan yang mereka amalkan di rumah.

3.    Guru menerangkan peraturan keselamatan am dan peraturan keselamatan diri menggunakan slaid power point dan model kotak pertolongan cemas.

4.    Guru memberikan lembaran kerja (Lampiran 1) kepada murid-murid untuk menguji tahap kefahaman mereka.

5.    Secara berpasangan, murid dikehendaki menyenaraikan sekurang-kurangnya tiga peraturan keselamatan am dan tiga peraturan keselamatan diri.

6.    Guru meminta beberapa pasangan murid membentangkan hasil kerja mereka di hadapan kelas.

7.    Guru memberikan pujian kepada pasangan murid yang dapat melaksanakan tugasan dengan baik dan kata-kata semangat kepada pasangan murid yang kurang berjaya.


ABM/Bahan:
Slide power point, model kotak pertolongan cemas dan lembaran kerja(Lampiran 1).

Nilai : Kerjasama.

Kaedah : Penerangan dan perbincangan.

KB : Menaakul, menjana idea.

Langkah 2
(15 minit)

Cara menyimpan alatan dan bahan di dalam bengkel.
-       Panel alatan tangan.
-       Kotak alatan.
-       Bahan-bahan di dalam almari.




1.    Guru menerangkan cara yang betul menyimpan alatan dan bahan untuk mengelakkan kemalangan.

2.    Murid dibahagikan kepada 6 kumpulan untuk melaksanakan aktiviti melengkapkan panel alatan tangan.

3.    Guru akan memainkan muzik dan murid dikehendaki bergerak dalam bentuk bulatan secara berkumpulan sambil memegang kotak ajaib secara bergilir-gilir.

4.    Apabila muzik diberhentikan, murid terakhir yang memegang kotak ajaib di dalam setiap kumpulan dikehendaki melengkapkan panel alatan dengan alatan yang betul.

5.    Setiap wakil kumpulan yang berjaya meletakkan alatan pada panel dengan betul akan diberikan 10 markah dan kumpulan yang berjaya memperoleh markah tertinggi akan menerima hadiah.


ABM/Bahan :
Slaid power point, model panel alatan tangan,muzik, kotak ajaib.


Nilai :
Kerjasama, kerajinan dan berdaya saing.


Kaedah :
Perbincangan dan permainan.


KB : Berfikir secara logik.

Langkah 3
(15 minit)

Membuat penilaian berkenaan :
i)             Peraturan Keselamatan Am
ii)            Peraturan Keselamatan Diri
iii)           Cara menyimpan alatan dan bahan

1.    Guru memberikan kuiz kepada murid yang merangkumi ketiga-tiga perkara iaitu peraturan keselamatan bengkel, peraturan keselamatan diri dan cara menyimpan alatan dan bahan.

2.    Secara berpasangan, murid dikehendaki menyempurnakan silang kata yang diedarkan oleh guru dalam bentuk lembaran kerja (Lampiran 2).

3.    Guru membincangkan jawapan silang kata bersama murid-murid dan membantu murid-murid yang masih kurang faham.


ABM/Bahan : Lembaran kerja(Lampiran 2).

KB : Menjana idea.

Nilai : Kerjasama, berusaha dan berdaya saing.

Kaedah : Perbincangan.
           
Penutup
(5 minit)

Membuat rumusan kepentingan mematuhi peraturan di bengkel dan cara menyimpan alat dan bahan dengan betul dan sistematik.

1.    Guru membantu murid membuat rumusan berkenaan peraturan keselamatan bengkel, peraturan keselamatan diri dan cara menyimpan alatan dan bahan.

2.    Guru bertanyakan beberapa soalan kepada murid-murid:

i)             Apakah perkara yang dipelajari pada hari ini?
ii)            Apakah peraturan am dan peraturan keselamatan diri?
iii)           Bagaimana cara yang betul untuk menyimpan alatan dan bahan?
iv)           Apakah perasaan murid pada hari ini?



KB : Menjana idea.

Nilai : Berusaha.

EQ : Ekspresi perasaan.

Kaedah :  Perbincangan

Catatan:
Guru memberikan pujian dan kata-kata semangat kepada murid-murid..



LAMPIRAN 1
LATIHAN 1

NAMA           : __________________________________________________________
                          __________________________________________________________
KELAS          : __________________________________________________________


ARAHAN       : Senaraikan 5 peraturan keselamatan am dan 5 peraturan keselamatan diri semasa berada di dalam bengkel.

Peraturan Keselamatan Am

1)    ________________________________________________________________

2)    ________________________________________________________________

3)    ________________________________________________________________

4)    ________________________________________________________________

5)    ________________________________________________________________


Peraturan Keselamatan Diri

1)    ________________________________________________________________

2)    ________________________________________________________________

3)    ________________________________________________________________

4)    ________________________________________________________________

5)    ________________________________________________________________






LAMPIRAN 2
LATIHAN 1

NAMA            : __________________________________________________________
                          __________________________________________________________
KELAS          : __________________________________________________________


ARAHAN       : Lengkapkan silang kata di bawah dengan jawapan yang sesuai.

1.    Dapatkan ____________ guru sebelum masuk ke dalam bengkel.

2.    ___________ kemalangan yang berlaku kepada guru dengan segera.

3.    Kotak Pertolongan Cemas perlu ada di dalam bengkel untuk tujuan ____________kecemasan jika berlaku kemalangan.

4.    Dilarang memakai barang _____________ semasa berada di dalam bengkel.

5.    Bahan-bahan beracun dan berbahaya hendaklah disimpan di dalam ____________ .
6.   

2.

3.

4.

1.

6.

5.
Alatan tangan yang telah digunakan hendaklah disusun semula di _____________ alatan tangan.