MODEL ASSURE
|
CIRI-CIRI UMUM
|
A - Analysis student
|
Mata Pelajaran : Kemahiran
Hidup
Tahun : 4 Cempaka (10 Tahun)
Tarikh : 1 Oktober 2012 (Isnin)
Masa : 9.00
pagi – 10.00 pagi (60 minit)
Bilangan Murid : 30
orang (18 lelaki 12 perempuan)
PSA : i) Murid
pernah memasuki bengkel dan
menggunakan alatan dan bahan di
dalam bengkel.
ii) Murid pernah mengamalkan
beberapa
peraturan yang
ditetapkan oleh ibubapa di rumah.
|
S - State Objective
|
Pada akhir pengajaran dan pembelajaran,
murid-murid dapat;
·
Menyenaraikan
sekurang-kurangnya tiga peraturan keselamatan am dan peraturan keselamatan
diri di bengkel dengan tepat.
·
Menyatakan
cara menyimpan alatan dan bahan dengan selamat di dalam bengkel.
|
S - Select method, media, and material
|
Method : Pembelajaran secara konstruktivisme, kaedah
penerangan, perbincangan
dan permainan.
Media : Slaid
power point, model peti pertolongan cemas,
kotak ajaib dan model panel alatan tangan.
Material : Lembaran
kerja(Lampiran 1&2), komputer riba ,
LCD dan papan putih.
|
U - Ultilise media and material
|
Set Induksi :
i. Murid didedahkan dengan
peraturan am dan peraturan keselematan diri semasa berada di dalam bengkel.
ii.
Guru menerangkan kepentingan
mematuhi keselamatan bengkel.
|
R - Require learner participation
|
Langkah
1 :
1.
Guru menarik perhatian murid dengan bertanyakan apakah
peraturan yang telah ditetapkan oleh ibubapa mereka di rumah.
2.
Murid memberi pelbagai jawapan berkenaan peraturan yang
mereka amalkan di rumah.
3.
Guru menerangkan peraturan keselamatan am dan peraturan
keselamatan diri menggunakan slaid power point dan model kotak pertolongan
cemas.
4.
Guru memberikan
lembaran kerja (Lampiran 1) kepada murid-murid untuk menguji tahap kefahaman
mereka.
5.
Secara berpasangan, murid dikehendaki menyenaraikan
sekurang-kurangnya tiga peraturan keselamatan am dan tiga peraturan
keselamatan diri.
6.
Guru meminta
beberapa pasangan murid membentangkan hasil kerja mereka di hadapan kelas.
7.
Guru memberikan
pujian kepada pasangan murid yang dapat melaksanakan tugasan dengan baik dan
kata-kata semangat kepada pasangan murid yang kurang berjaya.
Langkah
2 :
1.
Guru menerangkan
cara yang betul menyimpan alatan dan bahan untuk mengelakkan kemalangan.
2.
Murid dibahagikan kepada 6 kumpulan untuk melaksanakan
aktiviti melengkapkan panel alatan tangan.
3.
Guru akan memainkan muzik dan murid dikehendaki
bergerak dalam bentuk bulatan secara berkumpulan sambil memegang kotak ajaib
secara bergilir-gilir.
4.
Apabila muzik diberhentikan, murid terakhir yang
memegang kotak ajaib di dalam setiap kumpulan dikehendaki melengkapkan panel
alatan dengan alatan yang betul.
5.
Setiap wakil kumpulan yang berjaya meletakkan alatan
pada panel dengan betul akan diberikan 10 markah dan kumpulan yang berjaya
memperoleh markah tertinggi akan menerima hadiah.
Langkah 3 :
1.
Guru memberikan
kuiz kepada murid yang merangkumi ketiga-tiga perkara iaitu peraturan
keselamatan bengkel, peraturan keselamatan diri dan cara menyimpan alatan dan
bahan.
2.
Secara berpasangan, murid dikehendaki menyempurnakan
silang kata yang diedarkan oleh guru dalam bentuk lembaran kerja (Lampiran
2).
3.
Guru
membincangkan jawapan silang kata bersama murid-murid dan membantu
murid-murid yang masih kurang faham.
|
E - Evaluate and revise
|
Penutup
:
1.
Guru membantu
murid membuat rumusan berkenaan peraturan keselamatan bengkel, peraturan
keselamatan diri dan cara menyimpan alatan dan bahan.
2.
Guru bertanyakan
beberapa soalan kepada murid-murid.
Soalan:
i)
Apakah perkara
yang dipelajari pada hari ini?
ii)
Apakah peraturan
am dan peraturan keselamatan diri?
iii)
Bagaimana cara
yang betul untuk menyimpan alatan dan bahan?
iv)
Apakah perasaan
murid pada hari ini?
|
Sunday, 30 September 2012
Rancangan Pengajaran Harian (berasaskan model ASSURE)
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment