Sunday, 30 September 2012

Pengenalan


Teknologi ialah keupayaan dalam menggunakan pengetahuan sama ada pengetahuan saintifik atau pengetahuan lain yang tersusun (other organized knowledge) yang digunakan secara sistematik sehingga sesuatu tugasan mencapai kejayaan. Teknologi dalam pengajaran dan pembelajaran pula bermaksud penggunaan keupayaan menggunakan pengetahuan dalam sesuatu proses pengajaran dan pembelajaran secara tersusun sehingga berjaya mencapai kejayaan. Ia juga merupakan satu usaha meningkatkan keberkesanan dan kualiti terhadap ilmu pengetahuan.
            Bagi tugasan mata pelajaran Teknologi dalam Pengajaran dan Pembelajaran (EDU3105) ini, kami seramai 4 orang ahli dalam satu kumpulan dikehendaki untuk menyediakan satu klip video pengajaran dan pembelajaran (P&P) berdasarkan kepada tajuk mata pelajaran major yang kami pilih iaitu Keselamatan dan Organisasi Bengkel. Sebelum membuat rakaman video ini, kami dikehendaki untuk menyediakan satu papan cerita yang menjadi panduan utama kami semasa membuat rakaman.

            Selain itu, kami juga dikehendaki menyediakan satu rancangan pengajaran harian (RPH) yang mengaplikasikan klip video P&P yang disediakan dan turut menggunakan model yang telah dibina sebagai salah satu bahan bantu mengajar. Kami telah membina dua model 3D iaitu peti pertolongan cemas dan panel alatan tangan. Segala hasil kerja kami ini merupakan hasil olahan kami sendiri dan kami tidak melakukan sebarang penyalinan semula.

No comments:

Post a Comment