Sunday, 30 September 2012

Model Reka Bentuk


Reka bentuk pengajaran adalah satu proses sistematis yang menterjemahkan prinsip-prinsip umum pengajaran-pembelajaran kepada bentuk perancangan bahan dan penyampaian pembelajaran. Menurut hasil tulisan Noriati A. Rashid, Boon Pong Ying, Sharifah Fakhriah Syed Ahmad dan Wan Kamaruddin Wan Hasan dalam buku yang bertajuk Teknologi dalam Pengajaran dan Pembelajaran, reka bentuk pengajaran (RP) dibahagikan kepada 3 kategori iaitu :

Reka bentuk pengajaran sebagai satu proses.
Reka bentuk pengajaran sebagai satu disiplin.
Reka bentuk pengajaran sebagai satu sains.

Secara umumnya, kesemua reka bentuk pengajaran memiliki ciri-ciri asas yang sama berdasarkan kepada teori dan penyelidikan. Menurut Richey (1986), terdapat enam elemen asas reka bentuk pengajaran iaitu :

Menentukan keperluan murid.
Menentukan matlamat dan objektif.
Membina prosedur penilaian.
Mereka bentuk dan memilih strategi dan penyampaian.
Mencuba sistem pengajaran.
Menilai keseluruhan sistem.







No comments:

Post a Comment