Sunday, 30 September 2012

Model ASSURE


Menurut Yusup Hashim (1998), beliau telah membahagikan reka bentuk pengajaran kepada tiga tumpuan utama iaitu :

Model yang berorientasikan bilik darjah.
Model yang berorientasikan produk.
Model yang berorientasikan sistem.

Dan model ASSURE merupakan model yang berorientasikan bilik darjah memandangkan tugas guru sebagai pelaksana sistem. Model ini dapat membantu guru merancang pengajaran-pembelajaran dengan baik dan berkesan. Model ASSURE ini mendapat namanya hasil akronim huruf awal A.S.S.U.R.E.

A Analyze learner.
SState objectives.
S Select method, media and materials.
UUtilise media and materials.
RRequire learner response/participation.
EEvaluate and revise materials.

Model ini mengandungi enam langkah iaitu analisis ciri pelajar, nyatakan objektif pengajaran pembelajaran, pilih media dan bahan pengajaran-pembelajaran, gunakan media dan bahan pengajaran-pembelajaran tersebut, libatkan pelajar dalam proses pembelajaran, dan nilai serta semak semula keberkesanan penggunaan media dan bahan pengajaran-pembelajaran.






No comments:

Post a Comment