Perkembangan
pesat bidang teknologi maklumat dan komunikasi (TMK) telah memberi kesan yang
mendalam terhadap sistem pendidikan khususnya dari aspek pengajaran dan
pembelajaran. Proses pengajaran dan pembelajaran meruapakan perkara penting
dalam aspek pendidikan. Maka, reka bentuk pengajaran merupakan satu manifestasi
bahawa pembelajaran tidak harus berlaku dalam keadaan yang tidak tentu arah
tetapi ianya perlu dibina mengikut proses yang tersusun dan menjurus kepada
hasil pembelajaran yang analitikal.
Model ASSURE merupakan satu model reka bentuk
pengajaran berasaskan bilik darjah. Model ini dapat membantu guru merancang
pengajaran dan pembelajaran dengan baik dan berkesan. Perancangan yang baik
perlulah disertakan dengan bahan bantu mengajar yang berkualiti seperti klip
video P&P dan model 3 dimensi. Jelasnya, murid lebih berminat dengan
bahan-bahan maujud dan secara tidak langsung objektif pengajaran dapat dicapai
dengan mudah dan optimum.
Bukan itu sahaja, bagi mengintegrasikan teknologi
maklumat dan komunikasi menggunakan media interaktif, kami telah memilih
‘blogspot’ sebagai tapak pembelajaran berasaskan web untuk berkongsi bahan yang
kami sediakan dengan masyarakat luar. Secara tidak langsung, kami dapat
bertukar dan berkongsi maklumat dengan rakan-rakan guru pelatih di luar sana.
Melalui tugasan ini juga, kami sekumpulan berasa
amat bersyukur dan berpuas hati kerana berjaya memperoleh banyak pengetahuan
dan pengalaman baharu yang boleh dijadikan sebagai panduan buat masa kini dan
apabila menjadi seorang guru kelak.
No comments:
Post a Comment